Ulasan Buku Kajian
Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi
Buku
"Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi mempunyai jenis-jenis
teori yang digunakan untuk penyelidikan. Buku ini mengandungi 2 bahagian iaitu
kajian wacana dan strategi komunikasi. Setiap bahagian ini mempunyai kaitan
anatara satu sama lain yang melibatkan komunikasi ujaran, interaksi, teks dan
tulisan.
Bab 1
menerangkan bahawa wacana ini merujuk kepada wacana berbentuk teks, tulisan,
ujaran dan interaksi. Bab 2 menunjukkan setiap teori dan pendekatan analisis
wacana dapat dihuraikan dengan terperinci supaya boleh diguna dalam analisis data.
Seterusnya, mengenai bab 3 meliputi 3 kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik
lagu, wacana tekstual cerita social dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autism.
Analisis setiap kajian ini digunakan dengan mengunakan teori dan pendekatan analisis
melalui wacana yang ada di dalam buku ini. Bab 4 pula menerang tentang strategi
komunikasi yang meliputi setiap pengenalan kajian-kajian yang berkaitan
mengenai strategi komunikasi. Setiap kajian-kajian ini mempunyai gambaran yang
tersendiri mengenai strategi komunikasi melalui hasil kajian yang telah
dilakukan.
Seterusnya adalah bab 5 mengenai taksonomi
dan pendekatan strategi komunikasi. Bab ini menerangkan beberapa huraian
sebagai contoh pendekatan strategi komunikasi oleh Normaliza Abd Rahim (2018e)
yang menunjukkan pendekatan komunikasi yang sesuai digunakan dalam interaksi,
ujaran, tulisan dan teks. Terdapat 16 jenis pendekatan dan mempunyai huraian
yang tepat untuk menganalisis data dengan lebih terperinci. Selain itu, Bab 6
pula menunjukkan analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Kajian
ini dianalisis dengan menggunakan taksonomi strategi komunikasi. Melalui analisis
ini, komunikasi seseorang itu akan lebih berkesan dan bermakna.Akhir sekali,
adalah bab 7 iaitu mengenai cadangan kajian akan datang. Kajian analisis wacana
dan strategi komunikasi dapat memberi kesan dalam pemahaman sebagai contoh cadangan
kajian adalah Bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan eletronik dan media social.
Buku ini sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat mengenai bentuk kajian
wancana dan strategi komunikasi. Melalui buku menunjukkan contoh isu semasa dan
boleh dijadikan contoh dalam kehidupan seharian.
Rujukan:
Normaliza
Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit
UMT.
Terengganu
Penerbit UMT.
Normaliza
Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.
Harga Buku: Rm 20
No comments:
Post a Comment