BBM3410Satu2019:
Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial
Buku Eh!!! Media Sosial hasil
daripada Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim terdapat 8 jenis bab
di dalam buku tersebut. Bab 1 yang bertajuk Media Sosial: Gambaran keseluruhan
adalah mengenai pelajar perlu mempunyai pengalaman dalam menggunakan teknologi
kerana pada era moden pada masa ini teknologi dalam pembelajaran adalah amat
penting bagi memudahkan pelajar. Seterusnya adalah Bab 2 iaitu mengenai Twitter
dan trend terkini. Bab ini memberitahu bahawa menulis cerita secara individu
telah memberi kesan besar kearah pelajar semasa proses penulisan dan pelajar
lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti supaya dapat mengelakkan kebosanan
semasa proses pembelajaran.
Sementara itu, Bab 3 pula adalah mengenai
Facebook masih digunakan yang menerangkan bahawa Facebook adalah satu
alat efektif bagi antara interaksi pelajar khususnya dalam perbincangan
aktiviti dan mempelajari bahasa baharu akan lebih menarik dengan bantuan
teknologi. Lain daripada itu, bab 4 pula adalah mengenai Instagram
menyeronokkan memberitahu bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam
memotivasikan pelajar menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dan penggunaa pelbagai
aplikasi menggunakan computer dan telefon pintar telah membuka jalan untuk
membentuk strategi oleh Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017).
Seterusnya bab 5 yang bertajuk E-mel
masih popular pada masa kini adalah mengenai teknologi digunakan untuk
memastikan pemahaman yang lebih baik tentang sesuatu subjek di samping mencipta
suasanaa yang menarik dan bermakna oleh Normaliza Abd Rahim (2014). Bab 6 yang
bertajuk blog di dalam kelas bahasa menerangkan bahawa menulis blog boleh
dijadikan sebagai proses untuk menolong dan mempertingkan motivasi pelajar
dalam kehidupan oleh Normaliza Abd Rahim (2014).
Sementara itu, bab 7 yang bertajuk
isu dalam rangkaian social dalam kalangan pengguna adalah mengenai pengalaman
menggunakan teknologi yang diperlukan oleh pelajar akan mengambil masih menurut
Normaliza Abd Rahim (2014: 7). Akhir sekali, adalah bab 8 yang bertajuk
implikasi pedagogi adalah mengenai menjalankan aktiviti dalam persekitaran
pembelajaran dengan berkolaborasi menggunakan pengantaraan-komputer menurut Noraien
Mansor (2016).
Rujukan:
Normaliza
Abd Rahim dan Noraien Mansor (2017). Eh!!! Media Sosial Terengganu: Penerbit
UMT
Buku
ini berharga RM 60
#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu12KelasAmali
#3DECEMBER2019
#BukuTakJualDekatUniversitiOxford
#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu12KelasAmali
#3DECEMBER2019
#BukuTakJualDekatUniversitiOxford
No comments:
Post a Comment