Saturday, December 14, 2019

BBM3410Satu2019 - Ketika dan Kalimat

BBM3410Satu2019 - Ketika dan Kalimat

Alhamdulilah, syukur kehadrat ilahi kerana berakhir sudah kelas Multimedia Dalam Bahasa untuk sesi semester 1 2019/2020. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan saya yang telah banyak membantu untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah menyokong hasil kerja dari kumpulan kami.

Semester ini juga merupakan semester yang terakhir untuk saya bergelar sebagai pelajar UPM. Terdapat kenangan manis dan pahit yang saya tidak akan dapat lupakan sepanjang semester 7 ini. Walaupun tidak akan bergelar pelajar lagi tapi saya akan sentiasa ada di UPM seperti biasa.

Pengalaman yang akan saya ceritakan sedikit untuk kelas ini adalah kelas ini telah banyak mengajar tentang multimedia. Saya telah belajar cara untuk mengambil gambar, mengambil video dan cara untuk menyunting video. Daripada tidak tahu apa-apa sampailah sudah pandai semuanya kerana semuanya tidak semudah yang disangkakan. Hanya orang yang mempunyai pengalaman saja akan tahu macam mana penat untuk menyiapkan kerja ini.

Pengalaman seterusnya, adalah pengalaman bersama ahli kumpulan. Setiap kumpulan sekurang-kurang memerlukan 10-11 ahli kumpulan memandangkan kami bertiga sahaja daripada jabatan yang berbeza jadi kumpulan kami ada 3 orang sahaja. Kalau nak masuk kumpulan lain takut jadual kelas lain-lain, jadi sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh prof. Walaupun kami bertiga sahaja tapi kami dapat menyiapkan kerja yang diberikan oleh prof. Terdapat pelbagai cabaran juga yang dihadapi kumpulan kami dengan masing-masing kena siap kan FYP dalam masa terdekat. Tambah lagi dengan kerja prof setiap minggu. Tetapi alhamdulilah kumpulan kami berjaya menyiapkan segalanya. 

Akhir sekali. Semester 7 ini merupakan pengalaman yang tidak akan saya lupakan dan akan menjadi kenangan bersama Prof Normaliza. Kepada rakan-rakan Galaxy Production walaupun kita tidak ramai tapi kita mampu untuk menjadi pengarah, perlakon dan editor yang bagus setanding dengan syarikat media di luar sana. Hahaha. 




No comments:

Post a Comment