Assalamualaikum semua. Kali ini aku nak bercerita sedikit mengenai tempat sepanjang kami menyiapkan tugasan Multimedia Media Dalam Bahasa. Kebanyakkan kami banyak menyiapkan tugasan ini di sekitar kawasan UPM. Terutamanya di Bukti Expo UPM. Sebabnya kami memilih kawasan ini kerana di sekitar kawasan Bukit Expo mempunyai pemandangan yang menarik sebagai contoh tasik, taman, landasan KLIA Transit dan loji lama Bukit Expo. Sekirannya ada tugasan untuk mengambil gambar ni kami akan ke Bukit Expo lah.
Seterusnya, tak lain dan tak bukan IOI City Mall, Putrajaya yang berhampiran dengan UPM. IOI City Mall ni adalah mall tumpuan juga lah kepada pelajar UPM dan orang yang tinggal di sekitar Putrajaya. Kebiasaanya kami akan ke sini untuk shoot video pasal makanan ke atau ambil gambar makanan kerana Mall ini mempunyai pelbagai pilihan restauran makanan yang sedap dan lazat.
Saya rasa itu saja kot tempat yang biasa kumpulan kami akan pergi untuk menyiapkan semua tugasan Multimedia ni.
Sunday, December 22, 2019
BBM3410SATU2019: KALENDER
Assalamualaikum warga blog semua.
Tugasan aku kali ini adalah tugasan untuk menyiapkan kalender 2020. Kalender ini disiapkan dengan menggunakan Adobe Photoshop. Tugasan ini telah diberikan oleh Prof dan diajar sepenuh oleh En. Akmal merupakan pembantu pengajar Prof. Bukan mudah ye untuk menghasilkan setiap kalender ini. Setiap kalender memerlukan saiz yang sesuai untuk mengelakkan daripada setiap isi kandungan dalam kalender tersebut di potong. Sekurang-kurang kalender ini adalah kenangan untuk kami ketika belajar di kelas Multimedia Media Dalam Bahasa.
Tugasan aku kali ini adalah tugasan untuk menyiapkan kalender 2020. Kalender ini disiapkan dengan menggunakan Adobe Photoshop. Tugasan ini telah diberikan oleh Prof dan diajar sepenuh oleh En. Akmal merupakan pembantu pengajar Prof. Bukan mudah ye untuk menghasilkan setiap kalender ini. Setiap kalender memerlukan saiz yang sesuai untuk mengelakkan daripada setiap isi kandungan dalam kalender tersebut di potong. Sekurang-kurang kalender ini adalah kenangan untuk kami ketika belajar di kelas Multimedia Media Dalam Bahasa.
Monday, December 16, 2019
BBM3410SATU2019: MINGGU 10 INSTAGRAM SATU DAN DUA
Assalamualaikum semua. Untuk post di Instgram kali ini pula prof meminta kami untuk pos gambar yang mempunyai unsur Kelegaan dan Kegembiraan. Nak tahu gambar apa yang aku post jom tengok gambar ni. hehe
- Kelegaan
- Kegembiraan
- Bukti Prof Like gambar aku
Facebook
\
Twitter
BBM3410SATU2019: MINGGU 9 INSTAGRAM SATU DAN DUA
Assalamualaikum semua. Tugasan kali ini adalah tugasan di Instagram. Prof suruh kami untuk post gambar yang memounyai untuk Ketenangan dan keredhaan. Bolehlah tengok gambar yang aku post dan mempunyai unsur-unsur yang di minta oleh prof.
- Ketenangan
2. Keredhaan
3. Bukti yang prof like gambar aku
BBM3410SATU2019: AKAUN YOTUBE PROF. DR. NORMALIZA
Assalamualaikum warga blog semua. Korang pasti tak tahu yang Prof Dr Normaliza ada akaun Youtube dia sendiri. Prof mempunyai akaun Youtube dia sendiri. Dekat akaun Prof ade kongsikan sikit pengalaman Prof masa di Korea dan Jepun. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Prof aku ni boleh la subscribe Youtube dia.
BBM3410SATU2019: VLOG MAKANAN INDIVIDU
Assalamualaikum semua. Untuk tugasan video terakhir aku kali ini yang diberikan oleh Prof adalah video mengenai Vlog makanan. Jadi video ini aku lakukan bersama 2 orang yang lain dari kumpulan aku iaitu Ezzaty dan Anis. Kami telah memilih Chicken Plus iaitu makanan ayam pedas yang disaluti cheese yang berasal dari Korea makanan tersebut. Untuk mengetahui gelagat kami ketika makan makanan tersebut boleh saksikan video ini.
BBM3410SATU - VIDEO 15 (ONE SHOT THREE LAYER - SAYA TAHU)
Assalamualaikum semua. Video kali ini kami perlu membuat video lagu yang bertajuk saya tahu. Video kali ini kami perlu merakam video di dua tempat yang berbeza. Video ini adalah video one shot 3 layer. Kalau semua nak tahu lagu SAYA TAHU ini adalah ciptaan oleh Prof Dr. Normaliza dan diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia. Hebatkan Prof kami, bukan setakat pandai mengajar pandai juga menghasilkan lagu. Nak tahu lebih lanjut mengenai lagu dan jalan cerita yang dilakokan oleh kami jom saksikan video ini.
BBM3410SATU - VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)
Assalamualaikum semua warga blog. tugasan kami kali ini adalah menghasilan satu produk iaitu 'SERBUK PENCUCI BAJU' kami perlu mencipta nama produk kami dan menghasilkan 3 jenis produk pencuci baju yang boleh membuatkan pelanggan tertarik dengan iklan pencuci baju kami. Korang semua nak tahu apa jenis produk yang dihasilkan oleh kami. Boleh saksikan video ini.
BBM3410SATU - VIDEO 11 (VIDEO FOKUS)
Hai semua, Tugasan kali ini adalah tugasan video fokus. Di video ini kami telah memfokuskan kepada sesuatu barang dan mempunyai jalan cerita mengenai barang tersebut. Barang yang kami fokuskan adalah bag tangan. Untuk mengetahui jalan cerita mengenai bag tangan tersebut boleh saksikan video ini.
BBM3410SATU - VIDEO 12 (VLOG TEMU BUAL PENSYARAH)
Assalamualaikum sahabat semua. Video sebelum ini adalah mengenai konvo di UPM. Kali ini video Vlog bersama pensyarah dan pelajar pula mengenai pandangan mereka melalui multimedia dalam pengajaran. Nak tahu tak siapa pensyarah dan pelajar yang kami temu bual. Jom saksikan video ini.
BBM3410SATU-VIDEO 10 (VLOG KONVOKESYEN UPM 2019)
Assalamualaikum warga blog semua, Video kali ini kami perlu menemu ramah 2 orang mahasiswa mengenai perjalanan kehidupan mereka sepanjang bergelar mahasiswa. Terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi untuk mereka. Untuk mengetahui mengenai cerita mereka dengan lebih lanjut boleh saksikan video ini.
BBM3410SATU- VIDEO 9 (ONE SHOT 3 LAYER)
Assalamualaikum pembaca blog semua. Video yang kami perlu hasilkan kali ini adalah video One Shot 3 Layer. Dalam video ini memerlukan benda yang bergerak semula jadi. Video kami ini manusia yang bergerak dan kami mengambil video ini ketika Ping Pong Sukan Kolej 2019 sedang dijalankan. Ingin mengetahui apa yang kami lakukan di dalam video ini. Jom kita saksikan.
BBM3410Satu: VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)
Assalamualaikum warga blog semua. Tugasan kali ini adalah video mengenai One Shot 2 Layer. Video kali ini kami telah memilih lagu Bunga nyayian daripada Ara. Video ini telaha mengesahkan mengenai sepasang kekasih yang pada mulanya mesra tetapi selepas berkahwin lelaki tersebut curang kepada isterinya. Untuk ketahui lebih lanjut jalan cerita ini. Boleh lihat video yang kami sediakan.
BBM3410Satu: Video 7 (ONE SHOT)
Assalamualaikum sahabat blog semua. Kali ini kami telah diberi tugasan untuk membuat video One Shot One Layer. Kali ini kami mempunyai keinsafan dalam diri disebabkan daripada itu kami menghasilkan video nasyid ini. Kami memilih lagu ini kerana lagu ini mudah tidak perlu menari. Ingin melihat kami nasyid melalui video ini. Boleh lihat yang kami sediakan.
BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 5 (Flat Lay Kumpulan)
Hai semu. Tugasan kali ini pula adalah menghasilkan video Flat Lay. Berikut adalah merupakan Flat Lay yang telah dihasilkan oleh kumpulan kami:
- Flat Lay barang
- Flat Lay manusia
- Flat Lay makanan
- Flat Lay minuman
- Flat Lay bebas
BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 4 (Simpulan Bahasa)
Assalamualaikum sahabat blog semua. video kali ini kami perlu menghasilkan sebuah video mengenai simpulan bahasa. Kami perlu melakonkan setiap simpulan bahasa yang dipilih. Ingin mengetahui lebih lanjut. Jom kita lihat video ini.
BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 3 (Potret & Swafoto)
Assalamualaikum semua rakan blog. Video kali ini kami perlu menghasilkan sebuah video mengenai Potret dan Swafoto. Kumpulan kami hanya 3 orang sahaja kami perlu menghasilkan 3 gambar potret dan 5 gambar swafoto. Ingin melihat setiap ragam sepanjang sesi fotografi kami. Boleh lihat video di bawah
BBM3410SATU2019: FOTOGRAFI 2
Assalamualaikum pembaca blog semua. Untuk video fotografi yang kedua kali ini kami telah menghasil fotografi jenis
- Pemandangan
- siluate
- kabur
- pendua
- bayang
Bila sudah tahu jenis-jenis fotografi ini baru gambar kita akan kelihatan lebih cantik dan menarik.
Saturday, December 14, 2019
BBM3410Satu2019 - Ketika dan Kalimat
BBM3410Satu2019 - Ketika dan Kalimat
Alhamdulilah, syukur kehadrat ilahi kerana berakhir sudah kelas Multimedia Dalam Bahasa untuk sesi semester 1 2019/2020. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan saya yang telah banyak membantu untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah menyokong hasil kerja dari kumpulan kami.
Semester ini juga merupakan semester yang terakhir untuk saya bergelar sebagai pelajar UPM. Terdapat kenangan manis dan pahit yang saya tidak akan dapat lupakan sepanjang semester 7 ini. Walaupun tidak akan bergelar pelajar lagi tapi saya akan sentiasa ada di UPM seperti biasa.
Pengalaman yang akan saya ceritakan sedikit untuk kelas ini adalah kelas ini telah banyak mengajar tentang multimedia. Saya telah belajar cara untuk mengambil gambar, mengambil video dan cara untuk menyunting video. Daripada tidak tahu apa-apa sampailah sudah pandai semuanya kerana semuanya tidak semudah yang disangkakan. Hanya orang yang mempunyai pengalaman saja akan tahu macam mana penat untuk menyiapkan kerja ini.
Pengalaman seterusnya, adalah pengalaman bersama ahli kumpulan. Setiap kumpulan sekurang-kurang memerlukan 10-11 ahli kumpulan memandangkan kami bertiga sahaja daripada jabatan yang berbeza jadi kumpulan kami ada 3 orang sahaja. Kalau nak masuk kumpulan lain takut jadual kelas lain-lain, jadi sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh prof. Walaupun kami bertiga sahaja tapi kami dapat menyiapkan kerja yang diberikan oleh prof. Terdapat pelbagai cabaran juga yang dihadapi kumpulan kami dengan masing-masing kena siap kan FYP dalam masa terdekat. Tambah lagi dengan kerja prof setiap minggu. Tetapi alhamdulilah kumpulan kami berjaya menyiapkan segalanya.
Akhir sekali. Semester 7 ini merupakan pengalaman yang tidak akan saya lupakan dan akan menjadi kenangan bersama Prof Normaliza. Kepada rakan-rakan Galaxy Production walaupun kita tidak ramai tapi kita mampu untuk menjadi pengarah, perlakon dan editor yang bagus setanding dengan syarikat media di luar sana. Hahaha.
Monday, December 2, 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial
BBM3410Satu2019:
Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial
Buku Eh!!! Media Sosial hasil
daripada Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim terdapat 8 jenis bab
di dalam buku tersebut. Bab 1 yang bertajuk Media Sosial: Gambaran keseluruhan
adalah mengenai pelajar perlu mempunyai pengalaman dalam menggunakan teknologi
kerana pada era moden pada masa ini teknologi dalam pembelajaran adalah amat
penting bagi memudahkan pelajar. Seterusnya adalah Bab 2 iaitu mengenai Twitter
dan trend terkini. Bab ini memberitahu bahawa menulis cerita secara individu
telah memberi kesan besar kearah pelajar semasa proses penulisan dan pelajar
lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti supaya dapat mengelakkan kebosanan
semasa proses pembelajaran.
Sementara itu, Bab 3 pula adalah mengenai
Facebook masih digunakan yang menerangkan bahawa Facebook adalah satu
alat efektif bagi antara interaksi pelajar khususnya dalam perbincangan
aktiviti dan mempelajari bahasa baharu akan lebih menarik dengan bantuan
teknologi. Lain daripada itu, bab 4 pula adalah mengenai Instagram
menyeronokkan memberitahu bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam
memotivasikan pelajar menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dan penggunaa pelbagai
aplikasi menggunakan computer dan telefon pintar telah membuka jalan untuk
membentuk strategi oleh Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017).
Seterusnya bab 5 yang bertajuk E-mel
masih popular pada masa kini adalah mengenai teknologi digunakan untuk
memastikan pemahaman yang lebih baik tentang sesuatu subjek di samping mencipta
suasanaa yang menarik dan bermakna oleh Normaliza Abd Rahim (2014). Bab 6 yang
bertajuk blog di dalam kelas bahasa menerangkan bahawa menulis blog boleh
dijadikan sebagai proses untuk menolong dan mempertingkan motivasi pelajar
dalam kehidupan oleh Normaliza Abd Rahim (2014).
Sementara itu, bab 7 yang bertajuk
isu dalam rangkaian social dalam kalangan pengguna adalah mengenai pengalaman
menggunakan teknologi yang diperlukan oleh pelajar akan mengambil masih menurut
Normaliza Abd Rahim (2014: 7). Akhir sekali, adalah bab 8 yang bertajuk
implikasi pedagogi adalah mengenai menjalankan aktiviti dalam persekitaran
pembelajaran dengan berkolaborasi menggunakan pengantaraan-komputer menurut Noraien
Mansor (2016).
Rujukan:
Normaliza
Abd Rahim dan Noraien Mansor (2017). Eh!!! Media Sosial Terengganu: Penerbit
UMT
Buku
ini berharga RM 60
#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu12KelasAmali
#3DECEMBER2019
#BukuTakJualDekatUniversitiOxford
#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu12KelasAmali
#3DECEMBER2019
#BukuTakJualDekatUniversitiOxford
Subscribe to:
Posts (Atom)