Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu: Video 7 (ONE SHOT)


Assalamualaikum sahabat blog semua. Kali ini kami telah diberi tugasan untuk membuat video One Shot One Layer. Kali ini kami mempunyai keinsafan dalam diri disebabkan daripada itu kami menghasilkan video nasyid ini. Kami memilih lagu ini kerana lagu ini mudah tidak perlu menari. Ingin melihat kami nasyid melalui video ini. Boleh lihat yang kami sediakan.

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 5 (Flat Lay Kumpulan)

Hai semu. Tugasan kali ini pula adalah menghasilkan video Flat Lay. Berikut adalah merupakan Flat Lay yang telah dihasilkan oleh kumpulan kami:

  1. Flat Lay barang
  2. Flat Lay manusia
  3. Flat Lay makanan
  4. Flat Lay minuman
  5. Flat Lay bebas

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 4 (Simpulan Bahasa)

Assalamualaikum sahabat blog semua. video kali ini kami perlu menghasilkan sebuah video mengenai simpulan bahasa. Kami perlu melakonkan setiap simpulan bahasa yang dipilih. Ingin mengetahui lebih lanjut. Jom kita lihat video ini.


BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 3 (Potret & Swafoto)

Assalamualaikum semua rakan blog. Video kali ini kami perlu menghasilkan sebuah video mengenai Potret dan Swafoto. Kumpulan kami hanya 3 orang sahaja kami perlu menghasilkan 3 gambar potret dan 5 gambar swafoto. Ingin melihat setiap ragam sepanjang sesi fotografi kami. Boleh lihat video di bawah


BBM3410SATU2019: FOTOGRAFI 2

Assalamualaikum pembaca blog semua. Untuk video fotografi yang kedua kali ini kami telah menghasil fotografi jenis


  1. Pemandangan
  2. siluate
  3. kabur
  4. pendua
  5. bayang
Bila sudah tahu jenis-jenis fotografi ini baru gambar kita akan kelihatan lebih cantik dan menarik.



Saturday, December 14, 2019

BBM3410Satu2019 - Ketika dan Kalimat

BBM3410Satu2019 - Ketika dan Kalimat

Alhamdulilah, syukur kehadrat ilahi kerana berakhir sudah kelas Multimedia Dalam Bahasa untuk sesi semester 1 2019/2020. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan saya yang telah banyak membantu untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah menyokong hasil kerja dari kumpulan kami.

Semester ini juga merupakan semester yang terakhir untuk saya bergelar sebagai pelajar UPM. Terdapat kenangan manis dan pahit yang saya tidak akan dapat lupakan sepanjang semester 7 ini. Walaupun tidak akan bergelar pelajar lagi tapi saya akan sentiasa ada di UPM seperti biasa.

Pengalaman yang akan saya ceritakan sedikit untuk kelas ini adalah kelas ini telah banyak mengajar tentang multimedia. Saya telah belajar cara untuk mengambil gambar, mengambil video dan cara untuk menyunting video. Daripada tidak tahu apa-apa sampailah sudah pandai semuanya kerana semuanya tidak semudah yang disangkakan. Hanya orang yang mempunyai pengalaman saja akan tahu macam mana penat untuk menyiapkan kerja ini.

Pengalaman seterusnya, adalah pengalaman bersama ahli kumpulan. Setiap kumpulan sekurang-kurang memerlukan 10-11 ahli kumpulan memandangkan kami bertiga sahaja daripada jabatan yang berbeza jadi kumpulan kami ada 3 orang sahaja. Kalau nak masuk kumpulan lain takut jadual kelas lain-lain, jadi sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh prof. Walaupun kami bertiga sahaja tapi kami dapat menyiapkan kerja yang diberikan oleh prof. Terdapat pelbagai cabaran juga yang dihadapi kumpulan kami dengan masing-masing kena siap kan FYP dalam masa terdekat. Tambah lagi dengan kerja prof setiap minggu. Tetapi alhamdulilah kumpulan kami berjaya menyiapkan segalanya. 

Akhir sekali. Semester 7 ini merupakan pengalaman yang tidak akan saya lupakan dan akan menjadi kenangan bersama Prof Normaliza. Kepada rakan-rakan Galaxy Production walaupun kita tidak ramai tapi kita mampu untuk menjadi pengarah, perlakon dan editor yang bagus setanding dengan syarikat media di luar sana. Hahaha. 




Monday, December 2, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

            Buku Eh!!! Media Sosial hasil daripada Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim terdapat 8 jenis bab di dalam buku tersebut. Bab 1 yang bertajuk Media Sosial: Gambaran keseluruhan adalah mengenai pelajar perlu mempunyai pengalaman dalam menggunakan teknologi kerana pada era moden pada masa ini teknologi dalam pembelajaran adalah amat penting bagi memudahkan pelajar. Seterusnya adalah Bab 2 iaitu mengenai Twitter dan trend terkini. Bab ini memberitahu bahawa menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar kearah pelajar semasa proses penulisan dan pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti supaya dapat mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

            Sementara itu, Bab 3 pula adalah mengenai Facebook masih digunakan yang menerangkan bahawa Facebook adalah satu alat efektif bagi antara interaksi pelajar khususnya dalam perbincangan aktiviti dan mempelajari bahasa baharu akan lebih menarik dengan bantuan teknologi. Lain daripada itu, bab 4 pula adalah mengenai Instagram menyeronokkan memberitahu bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam memotivasikan pelajar menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dan penggunaa pelbagai aplikasi menggunakan computer dan telefon pintar telah membuka jalan untuk membentuk strategi oleh Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017).

            Seterusnya bab 5 yang bertajuk E-mel masih popular pada masa kini adalah mengenai teknologi digunakan untuk memastikan pemahaman yang lebih baik tentang sesuatu subjek di samping mencipta suasanaa yang menarik dan bermakna oleh Normaliza Abd Rahim (2014). Bab 6 yang bertajuk blog di dalam kelas bahasa menerangkan bahawa menulis blog boleh dijadikan sebagai proses untuk menolong dan mempertingkan motivasi pelajar dalam kehidupan oleh Normaliza Abd Rahim (2014).

            Sementara itu, bab 7 yang bertajuk isu dalam rangkaian social dalam kalangan pengguna adalah mengenai pengalaman menggunakan teknologi yang diperlukan oleh pelajar akan mengambil masih menurut Normaliza Abd Rahim (2014: 7). Akhir sekali, adalah bab 8 yang bertajuk implikasi pedagogi adalah mengenai menjalankan aktiviti dalam persekitaran pembelajaran dengan berkolaborasi menggunakan pengantaraan-komputer menurut Noraien Mansor (2016).

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim dan Noraien Mansor (2017). Eh!!! Media Sosial Terengganu: Penerbit UMT

Buku ini berharga RM 60

#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu12KelasAmali
#3DECEMBER2019
#BukuTakJualDekatUniversitiOxford