Saturday, October 19, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6


Instagram gambar 1


Instagram gambar 2

Setiap minggu akan ada tugasan yang diberikan oleh Prof Dr Normaliza yang menggunakan gambar dan video. Jadi saya mengambil keputusan untuk pergi ke digital mall untuk mengemas kini komputer riba saya yang sebelum ni mempunyai masalah. Walaupun banyak duit telah dihabiskan untuk komputer riba saya tapi saya sangat berpuas hati dapat menyiapkan video yang diberikan oleh Prof Dr Normaliza. Gambar kedua pula menceritakan saya terlibat dengan Kejohanan Sukan Universiti Pendidikan. Saya telah mewakili UPM dalam kejohanan ini walaupun saya mendapat tempat ke 2 tapi saya tetap berpuas hati dapat menyumbangkan pingat untuk UPM. Sekurang-kurang ada sumbangan yang saya dapat berikan kepada UPM sepanjang pengajian saya di sini.




Monday, October 7, 2019

BBM3410Satu2019 : Ulasan Bab 6 Blog di dalam kelas bahasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

          Menurut Normaliza (2014) blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Blog ini terdapat beberapa fungsi sama ada boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai contoh jurnal atau diari. Selain itu, boleh digunakan sebagai perniagaan untuk mempromosikan atau pengiklanan.

         Pembelajaran seterusnya adalah mengenai kajian tentang blog. Blog merupakan catatan individu untuk berkongsikan segala keinginannya kepada pembaca lain. Banyak benda baru yang saya belajar melalui blog terutamanya ketika berada di dalam kelas. Melalui blog segala kerja yang diberikan oleh pensyarah semasa di dalam kelas dapat disiapkan dengan segara. Blog juga merupakan salah satu teknologi pembelajaran yang baru yang perlu ada di pada setiap sistem pendidikan pada masa kini.

           Oleh sedemikian, Melalui bab ini juga diterangkan mengenai kajian tentang blog. Antara kajiannya ialah melalui blog kita akan lebih mudah berkongsi apa sahaja kerana blog tidak perlu menggunakan perkataan yang formal dan tidak terhad  patah perkataannya berdasarkan kajian Nowson (2006). Seterusnya, melalui blog juga kita dapat meningkatkan keyakinan diri dan kreativiti menurut kajian oleh Levy (2009). Selain itu, melalui blog juga kita akan belajar menulis dengan baik mengikut susunan penulisan yang teratur. Perkara ini kerana pelajar menggunakan blog secara individu, jadi kita dapat mengawal perkara yang ditulis di blog.

           Seterusnya, satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji perbezaan bahasa yang digunakan oleh remaja perempuan dan lelaki ketika menulis blog oleh Zaini Amir et al. (2012). Kajian mendapat bahawa bahasa yang digunakan oleh mereka kebanyakkan tidak formal dan sama dengan percakapan harian. Dapatan daripada kajian berkemungkinan besar perbezaan penggunaan bahasa dalam kalangan remaja adalah disebabkan oleh perbezaan jantina.

            Akhir sekali, Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) menunjukkan 10 cara menulis blog dengan baik. Antaranya adalah tajuk yang menarik perhatian pembaca, cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca, masukkan ayat yang hamour dan berbentuk jenaka untuk membuatkan lebih menarik,memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas, dapat dibaca dan difahami, dapat berkomunikasi dengan pembaca, masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan dan yang terakhir berilmu untuk penulisan pendidikan.

        Secara kesimpulanya, kesemua kajian yang dijalankan telah menghasilkan perkara positif melalui blog . Blog ini mendatangkan perkara yang positif kepada remaja bagi meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar untuk menulis. Diharapkan sistem pembelajaran sebegini digunakan digunakan pada masa depan untuk meningkatkan motivasi diri dalam kalangan pelajar dan masyarakat.


Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Galaxy Production)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Untuk asas teknik fotografi kami yang terakhir adalah Bird's Eye View. Bird's Eye View merupakan sudut pandangan yang dilihat oleh burung ketika terbang. Oleh itu, kebanyakkan gambar yang diambil adalah daripada bahagian atas. Melalui teknik ini kami telah mengambil 3 gambar sebagai contoh.

Bird's Eye View


Gambar ini diambil dari atas bilik menyuarat Pusat Sukan UPM. Di bawah memperlihatkan kereta-kereta staff pusat sukan UPM. Susunan kereta yang berada di bawah sesuai dengan bird's eye view. Ini lah hasilnya apabila berada di atas walaupun berada di aras satu.


 Gambar ini diambil di kawasan Kawah Suria Upm. Masa ini saya gigih untuk ambil gambar dari atas supaya kelihatan Anis dan Zaty yang berada di bawah. Gadis-gadis semua gayat untuk naik. Jadi saya terpaksa la naik walaupun gayat. Mengeletar jugak la tangan masa ambil gambar ni.


Gambar yang terakhir diambil dari atas Grand Stand Pusat Sukan UPM. Gambar ini menunjukkan kesimbangan pada besi tangga. Hampir nak terjatuh jugaklah fon masa nak ambil gambar ni. Yang penting perlu ambil dari atas walaupun tak berapa tinggi.

Akhir sekali, ini adalah serba sedikit ilmu yang saya belajar melalui asas fotografi. Saya berharap melalui teknik ini dapat dijadikan contoh untuk mengambil gambar supaya gambar kelihatan lebih cantik. Sekian, Terima Kasih.

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Galaxy Production)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Teknik asas fotografi yang kelima adalah Over The Shoulder. Pasti semua tertanya-tanya apa itu over the shoulder. Over the shoulder ini adalah teknik mengambil gambar di bahu seseorang. Daripada bahu seseorang kita juga mengambil pemandangan yang lain. Kami mengambil 3 jenis gambar over the shoulder dan pemandangan yang berbeza.

Bahu ini adalah bahu saya. Yang berada di dalam gambar adalah Anis dan Zaty sambil mengambarkan pemandangan sekumpulan pelajar yang sedang bermain badminton. Anis dan Zaty malu sebab pelajar tersebut nak mengorat mereka.
 Ini adalah bahu Anis. Anis berdiri tegak sambil menyanyikan lagu negaraku sambil menghadap menara elektrik yang ada di depan dia.
Yang terakhir sekali adalah bahu Zaty. Gambar ni menunjukkan situasi di kawasan Kolej Keenam pada waktu malam dan saya sebagai model gambar tersebut.

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Galaxy Production)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Untuk teknik asas fotografi yang keempat adalah mug shot. Mug shot ni lebih kurang macam gambar passport. Muka memang akan kelihatan dengan jelas. Kalau ade jerawat dan parut ke memang akan nampak sebab camera memang betu betul depan muka. Mug shot memfokuskan pada keseluruhan muka. Kami mengambil 3 gambar dan 3 emosi yang berbeza.



Emosi : Terkejut
Muka Zaty terkejut lepas mata dia terkena minyak kapak.


Emosi: Gembira
Anis gembira lepas dapat tahu yang tahi lalat dia boleh dicabut dan dipasang balik.


Emosi: Marah
Saya marah kerana kenapa kura-kura lagi laju dari kuda

BBM3410Satu2019: Medium Short (Galaxy Production)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Kita teruskan lagi dengan tugasan asas fotografi yang ketiga iaitu medium shot. Medium shot menunjukkan gambar yang diambil dari paras dada sampailah ke atas kepala. Seperti biasa hanya kami bertiga sahaja yang berada di dalam gambar kerana kumpulan kami hanya 3 orang sahaja. Gambar ini mempunyai 2 jenis iaitu medium shot manusia dan medium shot pemandangan dan manusia.

Medium shot: Manusia


 Gambar pertama mencerita seorang gadis kampung bersama payung kesayangannya  yang bewarna warni. Lokasi gambar ini adalah bersebelahan dengan kandang unta Zaty. Kami memilih gambar ini kerana gambar ini menunjukkan bahawa walaupun Zaty belajar di Kuala Lumpur tetapi dia tidak melupakan kampung halamannya dan unta peliharaannya. 


Lokasi gambar kedua pula di tasik bukit ekspo. Gambar ini menceritakan bahawa motosikal Anis merupakan teman lelakinya kedua. Kami memilih gambar ini kerana gaya yang ditunjukkan oleh Anis menunjukkan bahawa motosikal tersebut memang teman lelakinya yang sebenar kerana Anis memang sayang sangat dekat motor dia ni. Lagi lagi topi keledar yang dia pegang siap buat tidur.


Gambar ketiga menunjukkan keserasian warna baju dan kereta. Konon macam kereta sendiri padahal kereta pinjam. Hehehe

Medium Shot: Pemandangan dan manusia


 Gambar pemandangan ini diambil apabila kami baru selesai memberi ikan makan di tasik belakang.


Gambar tulisan teks Bukit Ekspo Upm merupakan lokasi utama kami mengambil gambar dengan masing masing dah tak tahu nak buat gaya apa dalam gambar.


Jangan disangkakan pokok yang mati tidak boleh berbunga. Terasa macam dekat Korea bukan? Lokasi pengambaran ini adalah di ladang UPM berhampiran FBMK.

BBM3410Satu2019: Long Shot (Galaxy Production)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Untuk tugasan seterusnya adalah gambar jenis Long Shot. Long Shot adalah pengambilan dari seluruh tubuh badan dari kepala sampai ke kaki dan gambar di ambil dari jarak yang jauh. Kami mengambil 6 gambar iaitu 3 gambar pemandangan dan 3 gambar pemandangan dan manusia. Setiap gambar yang diambil menggunakan orang yang sama kerana kumpulan kami hanya 3 orang sahaja.

Long Shot:3 Pemandangan

 Lokasi gambar yang diambil adalah di tasik bukit ekspo UPM. Pada gambar ini kami fokuskan pada pokok-pokok dan bangunan Mardi yang berada di sebalah kanan yang menampakkan keunikkan gambar ini. Pada masa kami ambil gambar ini pada waktu hujan yang hampir turun jadi terdapat awan yang mendung di sebelah atas. Kami datang pada waktu petang, disebabkan hujan nak turun tidak ramai yang datang ke tasik. Kebiasaannya ramai pelajar yang akan datang ke tasik pada waktu petang.
 Lokasi seterusnya adalah di depan gate bilik media. Dari pemandangan tersebut kita akan dapat melihat bangunan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan kawasan perumahan Serdang. Agak letih juga untuk kami sampai keatas kerana kami hanya berjalan kaki untuk ke lokasi tersebut.
Lokasi seterusnya adalah laluan untuk ke bilik media dan laluan pekerja kebun UPM. Dari pemandangan ini kita akan dapat melihat pokok kelapa yang berada di kiri dan kanan. Melalui pemandangan ini juga kita akan dapat rasakan bagai berada di kawasan kampung.














Long Shot: 3 Pemandangan dan manusia

 Daripada pemandangan dan manusia pula kami mengambil di Grand Stand pusat sukan UPM. Kami memilih tempat ini kerana kerusi yang berada di Grand Stand mempunyai perbezaan warna yang dapat menarik perhatian. Pada masa ni kami sedang berehat jadi kami hanya duduk saja dan menyuruh Anis untuk mengambilkan gambar.
 Seterusnya adalah pemandangan dari atas laluan ke bilik media. Saya sudah pun berada di atas jadi saya biarkan saja Zaty dan Anis kekal di bawah untuk saya mengambil gambar. Gambar ini menunjukkan kehijaun pokok besar yang berada di sebelah kanan yang menampakkan kecantikan pada gamabr tersebut
Yang terakhir lokasi pemandangan di bawah jambatan landasan KLIA Transit yang berdekatan dengan tasik bukit ekspo. Kami fokuskan pada tiang-tiang jambatan supaya nampak garis gambar tiang jambatan tersebut. Gambar ni nampak macam gambar pada masa sekolah rendah yang mengingatkan zaman sekolah rendah dulu dengan masing masing menunjukkan gaya ala ala throw back.

BBM3410Satu2019: Closed-Up (Galaxy Production)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Minggu ini merupakan minggu keempat sesi kuliah kami dan kami diberikan tugasan untuk membuat Asas Fotografi. Tugasan yang pertama bertajuk closed-up. Closed-up ni merupakan shot yang menunjukkan objek pada gambar yang lebih dekat. Sebagai contoh dari batas bahu sampailah kepala. Melalui tugasan kami mendapat pelbagai jenis gambar dan reaksi muka yang berbeza. Kami telah melakukan 2 jenis closed-up iaitu 3 manusia dan 3 bukan manusia. Gambar di bawah merupakan hasil dari kami.

Closed-Up: Bukan Manusia

adsdewdfewdewdwedededwedwdewdewdewdewdedewddwdwdw

Gambar ini merupakan hasil daripada Ezzaty. Daripada gambar ini ingin menunjukkan bahawa saya pada mulanya dulu ingin menjadi model tetapi tidak kesampaian. Lepas tu cuba tukar cita-cita nak jadi pilot tapi tak kesampaian juga sebab gayat bila tempat tinggi. Ye lah, nak jadi pilot kena naik kapal kan. Tak pasal-pasal nanti belum naik kapal dah sakit jantung. Jadi tukar la cita-cita tu supaya menjadi insan yang biasa.
Gambar ni pun hasil dari Ezzaty juga. Nampak bergaya kan akak ni. Siap ada gaya 'Caprice' lagi haa. Untuk kisah Anis ni pula artis kegemaran dia adalah 'Caprice'. Sebab tu lah gambar ni dia ada tiru sikit gaya 'Caprice'. Bukan setakat tu je, Anis ni pandai 'rap' sebiji macam 'Caprice'. Selain dari pandai 'rapper' anis ni juga pandai bagi ceramah. Nampakkan ciri-ciri 'Caprice' tu.











Gambar ni pula hasil daripada saya. Gambar ni nak tunjuk yang Zaty ni ade lesung pipit. Cantikkan lesut pipit si Zaty siap boleh buat main congkak haa dekat lesung pipit tu. Zaty ni pun ada cita-cita juga. Dulu dia nak jadi pengusaha lesung batu yang berjaya dekat Teluk Intan. Tapi cita-cita tu tak tercapai sebab si Zaty ni pernah terbaling lesung batu dekat kambing, kambing tu terus sondol Zaty haa. Sejak dari kejadian tu Zaty trauma dengan lesung batu dan melupakan hasrat dia nak jadi pengusaha lesung batu.










Closed-Up; Bukan Manusia

Bagi gambar closed-up bukan manusia pula kami memilih 3 gambar kucing. Kami memilih gambar kucing kerana daripada gambar ni menunjukkan kucing-kucing ni mempunyai reaksi muka yang tersendiri dan gaya yang menarik. Kucing-kucing ini ialah kucing peliharaan saya. Gambar yang pertama nama kucing tersebut ialah Simba. Masa saya ambil gambar ni 'Simba' buat muka monyok macam tu sebab tak dapat makanan lagi. Gambar yang kedua nama dia 'Mario'. Masa ni 'Mario' baru lepas makan tu yang sampai dia jilat hidung dia. Gambar yang ketiga nama dia 'Sandra'. Masa ni 'Sandra' tengah buat regangan otot selepas selesai berlari.