Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Medium Short (Galaxy Production)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Kita teruskan lagi dengan tugasan asas fotografi yang ketiga iaitu medium shot. Medium shot menunjukkan gambar yang diambil dari paras dada sampailah ke atas kepala. Seperti biasa hanya kami bertiga sahaja yang berada di dalam gambar kerana kumpulan kami hanya 3 orang sahaja. Gambar ini mempunyai 2 jenis iaitu medium shot manusia dan medium shot pemandangan dan manusia.

Medium shot: Manusia


 Gambar pertama mencerita seorang gadis kampung bersama payung kesayangannya  yang bewarna warni. Lokasi gambar ini adalah bersebelahan dengan kandang unta Zaty. Kami memilih gambar ini kerana gambar ini menunjukkan bahawa walaupun Zaty belajar di Kuala Lumpur tetapi dia tidak melupakan kampung halamannya dan unta peliharaannya. 


Lokasi gambar kedua pula di tasik bukit ekspo. Gambar ini menceritakan bahawa motosikal Anis merupakan teman lelakinya kedua. Kami memilih gambar ini kerana gaya yang ditunjukkan oleh Anis menunjukkan bahawa motosikal tersebut memang teman lelakinya yang sebenar kerana Anis memang sayang sangat dekat motor dia ni. Lagi lagi topi keledar yang dia pegang siap buat tidur.


Gambar ketiga menunjukkan keserasian warna baju dan kereta. Konon macam kereta sendiri padahal kereta pinjam. Hehehe

Medium Shot: Pemandangan dan manusia


 Gambar pemandangan ini diambil apabila kami baru selesai memberi ikan makan di tasik belakang.


Gambar tulisan teks Bukit Ekspo Upm merupakan lokasi utama kami mengambil gambar dengan masing masing dah tak tahu nak buat gaya apa dalam gambar.


Jangan disangkakan pokok yang mati tidak boleh berbunga. Terasa macam dekat Korea bukan? Lokasi pengambaran ini adalah di ladang UPM berhampiran FBMK.

No comments:

Post a Comment