Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Closed-Up (Galaxy Production)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Minggu ini merupakan minggu keempat sesi kuliah kami dan kami diberikan tugasan untuk membuat Asas Fotografi. Tugasan yang pertama bertajuk closed-up. Closed-up ni merupakan shot yang menunjukkan objek pada gambar yang lebih dekat. Sebagai contoh dari batas bahu sampailah kepala. Melalui tugasan kami mendapat pelbagai jenis gambar dan reaksi muka yang berbeza. Kami telah melakukan 2 jenis closed-up iaitu 3 manusia dan 3 bukan manusia. Gambar di bawah merupakan hasil dari kami.

Closed-Up: Bukan Manusia

adsdewdfewdewdwedededwedwdewdewdewdewdedewddwdwdw

Gambar ini merupakan hasil daripada Ezzaty. Daripada gambar ini ingin menunjukkan bahawa saya pada mulanya dulu ingin menjadi model tetapi tidak kesampaian. Lepas tu cuba tukar cita-cita nak jadi pilot tapi tak kesampaian juga sebab gayat bila tempat tinggi. Ye lah, nak jadi pilot kena naik kapal kan. Tak pasal-pasal nanti belum naik kapal dah sakit jantung. Jadi tukar la cita-cita tu supaya menjadi insan yang biasa.
Gambar ni pun hasil dari Ezzaty juga. Nampak bergaya kan akak ni. Siap ada gaya 'Caprice' lagi haa. Untuk kisah Anis ni pula artis kegemaran dia adalah 'Caprice'. Sebab tu lah gambar ni dia ada tiru sikit gaya 'Caprice'. Bukan setakat tu je, Anis ni pandai 'rap' sebiji macam 'Caprice'. Selain dari pandai 'rapper' anis ni juga pandai bagi ceramah. Nampakkan ciri-ciri 'Caprice' tu.











Gambar ni pula hasil daripada saya. Gambar ni nak tunjuk yang Zaty ni ade lesung pipit. Cantikkan lesut pipit si Zaty siap boleh buat main congkak haa dekat lesung pipit tu. Zaty ni pun ada cita-cita juga. Dulu dia nak jadi pengusaha lesung batu yang berjaya dekat Teluk Intan. Tapi cita-cita tu tak tercapai sebab si Zaty ni pernah terbaling lesung batu dekat kambing, kambing tu terus sondol Zaty haa. Sejak dari kejadian tu Zaty trauma dengan lesung batu dan melupakan hasrat dia nak jadi pengusaha lesung batu.










Closed-Up; Bukan Manusia

Bagi gambar closed-up bukan manusia pula kami memilih 3 gambar kucing. Kami memilih gambar kucing kerana daripada gambar ni menunjukkan kucing-kucing ni mempunyai reaksi muka yang tersendiri dan gaya yang menarik. Kucing-kucing ini ialah kucing peliharaan saya. Gambar yang pertama nama kucing tersebut ialah Simba. Masa saya ambil gambar ni 'Simba' buat muka monyok macam tu sebab tak dapat makanan lagi. Gambar yang kedua nama dia 'Mario'. Masa ni 'Mario' baru lepas makan tu yang sampai dia jilat hidung dia. Gambar yang ketiga nama dia 'Sandra'. Masa ni 'Sandra' tengah buat regangan otot selepas selesai berlari. 



No comments:

Post a Comment