Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Untuk tugasan seterusnya adalah gambar jenis Long Shot. Long Shot adalah pengambilan dari seluruh tubuh badan dari kepala sampai ke kaki dan gambar di ambil dari jarak yang jauh. Kami mengambil 6 gambar iaitu 3 gambar pemandangan dan 3 gambar pemandangan dan manusia. Setiap gambar yang diambil menggunakan orang yang sama kerana kumpulan kami hanya 3 orang sahaja.
Long Shot:3 Pemandangan
Lokasi seterusnya adalah di depan gate bilik media. Dari pemandangan tersebut kita akan dapat melihat bangunan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan kawasan perumahan Serdang. Agak letih juga untuk kami sampai keatas kerana kami hanya berjalan kaki untuk ke lokasi tersebut.
Lokasi seterusnya adalah laluan untuk ke bilik media dan laluan pekerja kebun UPM. Dari pemandangan ini kita akan dapat melihat pokok kelapa yang berada di kiri dan kanan. Melalui pemandangan ini juga kita akan dapat rasakan bagai berada di kawasan kampung.
Long Shot: 3 Pemandangan dan manusia
Seterusnya adalah pemandangan dari atas laluan ke bilik media. Saya sudah pun berada di atas jadi saya biarkan saja Zaty dan Anis kekal di bawah untuk saya mengambil gambar. Gambar ini menunjukkan kehijaun pokok besar yang berada di sebelah kanan yang menampakkan kecantikan pada gamabr tersebut
Yang terakhir lokasi pemandangan di bawah jambatan landasan KLIA Transit yang berdekatan dengan tasik bukit ekspo. Kami fokuskan pada tiang-tiang jambatan supaya nampak garis gambar tiang jambatan tersebut. Gambar ni nampak macam gambar pada masa sekolah rendah yang mengingatkan zaman sekolah rendah dulu dengan masing masing menunjukkan gaya ala ala throw back.
No comments:
Post a Comment