Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019 : DIRI SAYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nama saya Mohamed Farhan Hafsyam Bin Zahid dan saya berumur 25 tahun. Saya merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Putra Malaysia dan mengambil jurusan Bacelor Komunikasi di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). Saya berasal dari Kluang, Johor dan kini saya menetap di Durian Tunggal, Melaka. 

Saya merupakan anak sulung daripada 2 orang adik beradik iaitu lelaki dan perempuan. Adik saya perempuan yang berumur 16 tahun. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sri Intan, Kluang, Johor, Kemudian saya meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn, Kluang, Johor bermula dari tahun 2007 hingga 2011. Seterusnya saya meneruskan pengajian dan mengambil Pra - Universiti di Sekolah Sukan Bukit Jalil bermula dari tahun 2014 hingga 2016. Seterusnya saya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dari tahun 2016 hingga sekarang.

No comments:

Post a Comment