Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Sinopsis cerita sosial 1: Nenek dan Datuk

Cerita ini mengisahkan seorang budak lelaki yang bernama Alim yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halamannya. Alim berasa teruja untuk pulang kerana ingin melihat ayam dan itik yang dibela oleh datuk dan neneknya. Apabila pulang Alim melihat ayam dan itik sudah tiada rupanya sudah dialihkan ke reban yang baru. Begitu juga di rumah, Alim melihat perubahan di dalam rumah yang berbeza berbanding sebelum ini. Ibu bapa dan datuk nenek pelik dengan kelakuan Alim, mereka memujuk Alim dan menerangkan tentang perubahan yang dibuat.

(Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wancana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT)

JENIS-JENIS MULTIMEDIA

Jenis-jenis multimedia yang boleh digunakan untuk penyeberan cerita ini adala seperti melalui blog, Twitter, facebook, Instagram dan Youtube.

Melalui Blog, cerita ini dapat disampaikan dengan menulis secara penuh atau pun melalui sinopsis. Dengan menggunakan blog pembaca boleh membaca dengan lebih jelas dan mudah untuk memahami setiap pengisian.

Seterusnya, melalui Twitter pembaca boleh meneruskan membaca melalui bebenang. Hal ini kerana twitter mempunya had perkatan untuk setiap post tulisan maka melalui bebenang pembaca boleh menyambung untuk membaca.

Penyebaran cerita melalui Facebook cerita ini boleh disebarkan. Melalui Facebook penyebar boleh memuat naik secara biasa atau meletakkan gambar dan video. Pembaca boleh berkongsi cerita melalui facebook sendiri supaya cerita tersebut boleh tersebar.

Melalui Instagram pula pembaca boleh tertarik dengan cerita tersebut dengan adanya gambar-gambar menarik. Seterusnya melalui gambar yang menarik dan cerita yang menarik dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca cerita ini melalui instagram.

Akhir sekali, melalui Youtube penulis boleh memuat naik video kerana Youtube mempunya elemen teks,gambar dan suara yang boleh menarik perhatian penonton. Melalui video penonton akan lebih muda memahami setiap jalan cerita yang disampaikan.

No comments:

Post a Comment