Etika penulisan blog merupakan perkara yang perlu diikuti untuk menulis blog dengan baik. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat 10 cara menulis blog dengan baik.
Cara yang pertama adalah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Tajuk yang menarik dapat memainkan peranan penting seseorang pembaca sama ada ingin meneruskan membaca atau terus kepada blog yang lain. Melalui tajuk setiap pembaca akan mengetahui bahawa sama ada isi tajuk tersebut menarik ataupun tidak. Ramai penulis yang menghasilkan isi yang sama tetapi sekiranya mempunyai tajuk yang menarik pembaca akan teruskan membaca kepada tajuk yang menarik. Setiap penulis seharusnya menghasilkan tajuk yang menarik dan menonjol untuk menarik perhatian pembaca untuk membaca.
Cara yang kedua adalah cerita menarik dapat menarik hati pembaca. Setiap penulis blog juga menghasilkan isi yang hampir sama dengan penulis blog yang lain. Sekiranya mempunyai isi yang menarik perkara ini dapat menarik minat pembaca untuk membaca blog yang kerana isi sebelum mempunyai jalan cerita yang dapat menarik perhatian pembaca.
Cara yang ketiga adalah memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya menarik. Setiap pembaca mempunyai pelbagai jenis perasaan yang berbeza. Setiap pembaca mempunya perasaan yang berbeza. Sesetengah pembaca sedang kesedihan yang cuba untuk menghiburkan hati mereka dengan adanya ayat-ayat jenaka pasti akan membuatkan mereka terhibur dan rasa untuk membaca blog berulang kali.
Seterusnya, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan. Setiap penulis seharusnya menghuraikan hujah yang terbaik supaya isi yang cuba disampaikan mudah dipercayai. Sekiraanya mempunyai hujahan yang positif perkara ini dapat menarik perhatian pembaca supaya boleh dijadikan contoh melalui hujahan tersebut. Hujahan yang baik juga dapat menyakinkan pembaca sama ada maklumat boleh dipercayai.
Mengkaitkan penulisan anda dengan berita terkini juga merupakan penulisan yang baik. Dalam menulis blog penulis seharusnya peka dengan isu-isu semasa terkini supaya jalan cerita tersebut tidak membosankan. Sebagai contoh penulis gemar memasukkan isu-isu sukan. Perkara ini menunjukkan bahawa penulis peka terhadap isu semasa.
Oleh sedemikian, penulis juga perlu menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas supaya cepat untuk difahami. Sekiranya perkataan yang digunakan sukar untuk difahami perkara ini akan menyebabkan pembaca memilih untuk membaca blog lain yang lebih untuk difahami.
Cara yang ketujuh adalah blog anda perlu dapat dibaca dan mudah difahami. Blog yang mudah difahami dapat memudahkan pembaca untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh sekiranya cara penyolekan muka susah untuk difahami perkara ini membuatkan pembaca tidak faham dan membuatkan pembaca tidak faham cara penyolekan muka tersebut. Oleh sedemikian, Penulis perlu memudahkan pembaca untuk memahami perkara yang cuba disampaikan.
Cara yang kelapan adalah dapat berkomunikasi dengan pembaca. Komunikasi dengan amat penting dengan pembaca kerana dapat mengeratkan hubungan penulis dan pembaca. Selain itu, penulis dapat berkongsikan pandangan antara satu sama lain. Ruangan komen yang disediakn amat penting untuk kita memberikan peluang kepada pembaca untuk mereka berkongsikan pandangan mereka. Dengan adanya komunikasi antara pembaca dan penulis dapat meningkatkan kualiti penulisan blog yang baik.
Cara yang kesembilan adalah masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan. Penulisan yang mempunyai moral dan nilai estetika dapat menarikkan lagi penulisan tersebut. Hal ini kerana sekirannya pembaca tersentuh hati ketika membaca perkara dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca lagi blog tersebut. Perkara dapat menjadikan penulisan tersebut lebih berkualiti dan mempunyai nilai yang tersendiri.
Akhir sekali adalah cara yang terakhir iaitu penulis perlu berilmu untuk penulisan pendidikan. Penulis merupakan seorang yang berpengalaman kerana menyampaikan sesuatu yang benilai. Perkara ini menunjukkan bahawa penulis seharusnya menyampaikan sesuatu maklumat yang betul supaya dapat mengelakkan pembaca dapat maklumat yang palsu. Oleh sedemikian, Penulis seharusnya berilmu untuk penulisan pendidikan supaya nilai penulisan tersebut mempunyai maklumat yang sah
No comments:
Post a Comment