Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Setiap pelajar pasti mempunyai cara belajar yang tersendiri bagi memudahkan kefahaman dan mengingati setiap pelajaran yang dibelajar semasa dalam kelas. Di sini saya mempunyai beberapa tips yang berkesan untuk belajar
Pertama sekali adalah kita seharusnya memanfaatkan kemahiran untujk mengingati. Setiap pelajar mempunyai kemahiran ini sama ada sukar untuk mengingati dan mudah untuk mengingati. Sekiranya yang mudah mengingati kita perlu membuat nota yang ringkas. Cara ini memudahkan kita untuk mengingati setiap perkara yang kita pelajari. Selain itu, menggunakan pelbagai jenis warna pada perkataan setiap nota ringkas yang kita buat. Kajian mendapati bahawa manusia mudah untuk meningati sesuatu pada warna. Oleh Sedemikian, Kita juga perlu memberikan tumpuan sepenuhnya ketika menghafal kerana cara ini adalah cara yang termudah untuk menghafal. Jangan membuatkan diri kita ternganggu oleh perkara yang tidak perlu.
Kedua adalah kita perlu pandai mengatur masa ketika belajar. Kita hendaklah membuat jadual waktu harian supaya masa yang digunakan tidak terganggu oleh masa yang sepatutnya. Kita perlu utamakan gred pembelajaran terlebih dahulu dan berhentikan sementara komitmen yang lain. Seterusnya, kita hendaklah belajar mengikut masa yang sesuai. Sebagai contoh waktu yang berkesan untuk belajar adalah bermula dari pukul 4 pagi hingga 6 pagi. Pada masa tersebut merupakan tempoh masa otak untuk berfungsi 100%. Selain itu, tidur yang secukupnya juga perlu untuk belajar dengan berkesan. Jika tidak cukup tidur maka kita akan penat dan otak tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya penat.
Berikut merupakan tips belajar yang digunakan sekiranya ingin mendapat keputusan yang cemerlang. Kita perlu mempunyai mempunyai disiplin diri sekiranya ingin berjaya. Selain dari kita usaha untuk mengejar sesuatu doa juga amat penting supaya segala usaha yang kita usahakan selama dimakbulkan oleh Allah.
Sekian, Terima Kasih
No comments:
Post a Comment