Sunday, September 29, 2019
BBM3410Satu2019: Masih Di Sini
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Setiap orang pasti mempunyai pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sama seperti saya, saya mempunyai pengalaman yang tidak boleh dilupakan iaitu semasa mewakili Malaysia ke Sukan Asia Tenggara yang dikenali sebagai "Sea Games".Temasya tersebut berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia.Temasya sukan ini merupakan kali keenam Sukan Asia Tenggara ini diadakan di Malaysia, selepas temasya tahun 1965, 1971,1977,1989 dan 2001.Temasya ini merupakan Kejohanan Antarabangsa yang kedua sepanjang penglibatan saya dalam sukan olahraga. Pelbagai dugaan dan cabaran yang saya hadapi untuk saya sampai ke tahap ini.
Pada mulanya, melibatkan diri dalam kejohanan yang besar ini cuma angan-angan sahaja. Sebelum berlangsungnya kejohanan ini nama saya tidak tersenarai untuk temasya ini. Nama saya cuma tersenarai sebagai gantian sekirannya terdapat atlet yang menarik diri. Untuk menyertai kejohanan ini mempunyai had kelayakan yang ditetapkan. Jika ingin menyertai temasya ini saya perlu memecahkan rekod peribadi saya sendiri dan sekurang-kurangnya berada dalam dua ranking terbaik dalam Malaysia. Siapa sangka angan-angan boleh jadi kenyataan, saya telah melepasi had kelayakkan tersebut.
Peluang terakhir saya untuk melepasi had kelayakan adalah di kejohanan 'Pre-Sea games, Malaysia Open 2017'. Alhamdulilah, dengan hasil penat lelah saya sebelum ini dan sokongan dari kawan-kawan,jurulatih,ibu bapa dan yang tersayang saya melepasi syarat kelayakan tersebut. Di kejohanan tersebut saya mendapat tempat ke-3 dan melakukan catatan peribadi terbaik saya. Pada kejohanan tersebut seramai 2 atlet dari vietnam dan 5 dari Malaysia telah menyertai acara itu.
Sebulan sebelum Sukan Asia Tenggara berlangsung, saya telah melibatkan diri ke Kem Fasa Akhir di mana semua jenis sukan akan berkumpul untuk meningkatkan semangat diri masing masing sebelum bertanding. Pelbagai pengalaman yang saya dapat melalui kem ini kerana semasa kem ini dihadiri oleh ikon sukan negara dan artis di Malaysia untuk memberikan kata-kata semangat serta sokongan kepada semua atlet yang terlibat.
Kemudian, berlangsunglah temasya ini yang bermula dari 19 Ogos hingga 30 Ogos 2017. Pada temasya tersebut saya hanya mendapat tempat ke-5 dan ke-7. Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun saya tidak memenangi sebarang pingat tapi saya tetap berpuas hati kerana dapat melakukan terbaik dan berasa amat bangga dapat mewakili Malaysia di temasya ini. Semoga pengalaman ini akan menjadi pengalaman kekal dan pengalaman yang tidak boleh dilupakan untuk saya sehingga saya tidak mampu bersukan lagi.
Labels:
BBM3410
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment