Sunday, December 22, 2019

BBM3410Satu2019: Tempat

Assalamualaikum semua. Kali ini aku nak bercerita sedikit mengenai tempat sepanjang kami menyiapkan tugasan Multimedia Media Dalam Bahasa. Kebanyakkan kami banyak menyiapkan tugasan ini di sekitar kawasan UPM. Terutamanya di Bukti Expo UPM. Sebabnya kami memilih kawasan ini kerana di sekitar kawasan Bukit Expo mempunyai pemandangan yang menarik sebagai contoh tasik, taman, landasan KLIA Transit dan loji lama Bukit Expo. Sekirannya ada tugasan untuk mengambil gambar ni kami akan ke Bukit Expo lah.

Seterusnya, tak lain dan tak bukan IOI City Mall, Putrajaya yang berhampiran dengan UPM. IOI City Mall ni adalah mall tumpuan juga lah kepada pelajar UPM dan orang yang tinggal di sekitar Putrajaya. Kebiasaanya kami akan ke sini untuk shoot video pasal makanan ke atau ambil gambar makanan kerana Mall ini mempunyai pelbagai pilihan restauran makanan yang sedap dan lazat.

Saya rasa itu saja kot tempat yang biasa kumpulan kami akan pergi untuk menyiapkan semua tugasan Multimedia ni.

BBM3410SATU2019: KALENDER

Assalamualaikum warga blog semua.

Tugasan aku kali ini adalah tugasan untuk menyiapkan kalender 2020. Kalender ini disiapkan dengan menggunakan Adobe Photoshop. Tugasan ini telah diberikan oleh Prof dan diajar sepenuh oleh En. Akmal merupakan pembantu pengajar Prof. Bukan mudah ye untuk menghasilkan setiap kalender ini. Setiap kalender memerlukan saiz yang sesuai untuk mengelakkan daripada setiap isi kandungan dalam kalender tersebut di potong. Sekurang-kurang kalender ini adalah kenangan untuk kami ketika belajar di kelas Multimedia Media Dalam Bahasa.













Monday, December 16, 2019

BBM3410SATU2019: MINGGU 10 INSTAGRAM SATU DAN DUA

Assalamualaikum semua. Untuk post di Instgram kali ini pula prof meminta kami untuk pos gambar yang mempunyai unsur Kelegaan dan Kegembiraan. Nak tahu gambar apa yang aku post jom tengok gambar ni. hehe

  1. Kelegaan

  1. Kegembiraan

  1. Bukti Prof Like gambar aku


Facebook

\




Twitter




BBM3410SATU2019: MINGGU 9 INSTAGRAM SATU DAN DUA

Assalamualaikum semua. Tugasan kali ini adalah tugasan di Instagram. Prof suruh kami untuk post gambar yang memounyai untuk Ketenangan dan keredhaan. Bolehlah tengok gambar yang aku post dan mempunyai unsur-unsur yang di minta oleh prof.

  1. Ketenangan

2. Keredhaan


3. Bukti yang prof like gambar aku






BBM3410SATU2019: AKAUN YOTUBE PROF. DR. NORMALIZA

Assalamualaikum warga blog semua. Korang pasti tak tahu yang Prof Dr Normaliza ada akaun Youtube dia sendiri. Prof mempunyai akaun Youtube dia sendiri. Dekat akaun Prof ade kongsikan sikit pengalaman Prof masa di Korea dan Jepun. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Prof aku ni boleh la subscribe Youtube dia. 


BBM3410SATU2019: VLOG MAKANAN INDIVIDU

Assalamualaikum semua. Untuk tugasan video terakhir aku kali ini yang diberikan oleh Prof adalah video mengenai Vlog makanan. Jadi video ini aku lakukan bersama 2 orang yang lain dari kumpulan aku iaitu Ezzaty dan Anis. Kami telah memilih Chicken Plus iaitu makanan ayam pedas yang disaluti cheese yang berasal dari Korea makanan tersebut. Untuk mengetahui gelagat kami ketika makan makanan tersebut boleh saksikan video ini.


BBM3410SATU - VIDEO 15 (ONE SHOT THREE LAYER - SAYA TAHU)

Assalamualaikum semua. Video kali ini kami perlu membuat video lagu yang bertajuk saya tahu. Video kali ini kami perlu merakam video di dua tempat yang berbeza. Video ini adalah video one shot 3 layer. Kalau semua nak tahu lagu SAYA TAHU ini adalah ciptaan oleh Prof Dr. Normaliza dan diterbitkan oleh  Universiti Putra Malaysia. Hebatkan Prof kami, bukan setakat pandai mengajar pandai juga menghasilkan lagu. Nak tahu lebih lanjut mengenai lagu dan jalan cerita yang dilakokan oleh kami jom saksikan video ini. 


BBM3410SATU - VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)

Assalamualaikum semua warga blog. tugasan kami kali ini adalah menghasilan satu produk iaitu 'SERBUK PENCUCI BAJU' kami perlu mencipta nama produk kami dan menghasilkan 3 jenis produk pencuci baju yang boleh membuatkan pelanggan tertarik dengan iklan pencuci baju kami. Korang semua nak tahu apa jenis produk yang dihasilkan oleh kami. Boleh saksikan video ini.


BBM3410SATU - VIDEO 11 (VIDEO FOKUS)

Hai semua, Tugasan kali ini adalah tugasan video fokus. Di video ini kami telah memfokuskan kepada sesuatu barang dan mempunyai jalan cerita mengenai barang tersebut. Barang yang kami fokuskan adalah bag tangan. Untuk mengetahui jalan cerita mengenai bag tangan tersebut boleh saksikan video ini.


BBM3410SATU - VIDEO 12 (VLOG TEMU BUAL PENSYARAH)

Assalamualaikum sahabat semua. Video sebelum ini adalah mengenai konvo di UPM. Kali ini video Vlog bersama pensyarah dan pelajar pula mengenai pandangan mereka melalui multimedia dalam pengajaran. Nak tahu tak siapa pensyarah dan pelajar yang kami temu bual. Jom saksikan video ini.


BBM3410SATU-VIDEO 10 (VLOG KONVOKESYEN UPM 2019)


Assalamualaikum warga blog semua, Video kali ini kami perlu menemu ramah 2 orang mahasiswa mengenai perjalanan kehidupan mereka sepanjang bergelar mahasiswa. Terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi untuk mereka. Untuk mengetahui mengenai cerita mereka dengan lebih lanjut boleh saksikan video ini.

BBM3410SATU- VIDEO 9 (ONE SHOT 3 LAYER)


Assalamualaikum pembaca blog semua. Video yang kami perlu hasilkan kali ini adalah video One Shot 3 Layer. Dalam video ini memerlukan benda yang bergerak semula jadi. Video kami ini manusia yang bergerak dan kami mengambil video ini ketika Ping Pong Sukan Kolej 2019 sedang dijalankan. Ingin mengetahui apa yang kami lakukan di dalam video ini. Jom kita saksikan.

BBM3410Satu: VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)


Assalamualaikum warga blog semua. Tugasan kali ini adalah video mengenai One Shot 2 Layer. Video kali ini kami telah memilih lagu Bunga nyayian daripada Ara. Video ini telaha mengesahkan mengenai sepasang kekasih yang pada mulanya mesra tetapi selepas berkahwin lelaki tersebut curang kepada isterinya. Untuk ketahui lebih lanjut jalan cerita ini. Boleh lihat video yang kami sediakan.

BBM3410Satu: Video 7 (ONE SHOT)


Assalamualaikum sahabat blog semua. Kali ini kami telah diberi tugasan untuk membuat video One Shot One Layer. Kali ini kami mempunyai keinsafan dalam diri disebabkan daripada itu kami menghasilkan video nasyid ini. Kami memilih lagu ini kerana lagu ini mudah tidak perlu menari. Ingin melihat kami nasyid melalui video ini. Boleh lihat yang kami sediakan.

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 5 (Flat Lay Kumpulan)

Hai semu. Tugasan kali ini pula adalah menghasilkan video Flat Lay. Berikut adalah merupakan Flat Lay yang telah dihasilkan oleh kumpulan kami:

  1. Flat Lay barang
  2. Flat Lay manusia
  3. Flat Lay makanan
  4. Flat Lay minuman
  5. Flat Lay bebas

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 4 (Simpulan Bahasa)

Assalamualaikum sahabat blog semua. video kali ini kami perlu menghasilkan sebuah video mengenai simpulan bahasa. Kami perlu melakonkan setiap simpulan bahasa yang dipilih. Ingin mengetahui lebih lanjut. Jom kita lihat video ini.


BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 3 (Potret & Swafoto)

Assalamualaikum semua rakan blog. Video kali ini kami perlu menghasilkan sebuah video mengenai Potret dan Swafoto. Kumpulan kami hanya 3 orang sahaja kami perlu menghasilkan 3 gambar potret dan 5 gambar swafoto. Ingin melihat setiap ragam sepanjang sesi fotografi kami. Boleh lihat video di bawah


BBM3410SATU2019: FOTOGRAFI 2

Assalamualaikum pembaca blog semua. Untuk video fotografi yang kedua kali ini kami telah menghasil fotografi jenis


  1. Pemandangan
  2. siluate
  3. kabur
  4. pendua
  5. bayang
Bila sudah tahu jenis-jenis fotografi ini baru gambar kita akan kelihatan lebih cantik dan menarik.



Saturday, December 14, 2019

BBM3410Satu2019 - Ketika dan Kalimat

BBM3410Satu2019 - Ketika dan Kalimat

Alhamdulilah, syukur kehadrat ilahi kerana berakhir sudah kelas Multimedia Dalam Bahasa untuk sesi semester 1 2019/2020. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan saya yang telah banyak membantu untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah menyokong hasil kerja dari kumpulan kami.

Semester ini juga merupakan semester yang terakhir untuk saya bergelar sebagai pelajar UPM. Terdapat kenangan manis dan pahit yang saya tidak akan dapat lupakan sepanjang semester 7 ini. Walaupun tidak akan bergelar pelajar lagi tapi saya akan sentiasa ada di UPM seperti biasa.

Pengalaman yang akan saya ceritakan sedikit untuk kelas ini adalah kelas ini telah banyak mengajar tentang multimedia. Saya telah belajar cara untuk mengambil gambar, mengambil video dan cara untuk menyunting video. Daripada tidak tahu apa-apa sampailah sudah pandai semuanya kerana semuanya tidak semudah yang disangkakan. Hanya orang yang mempunyai pengalaman saja akan tahu macam mana penat untuk menyiapkan kerja ini.

Pengalaman seterusnya, adalah pengalaman bersama ahli kumpulan. Setiap kumpulan sekurang-kurang memerlukan 10-11 ahli kumpulan memandangkan kami bertiga sahaja daripada jabatan yang berbeza jadi kumpulan kami ada 3 orang sahaja. Kalau nak masuk kumpulan lain takut jadual kelas lain-lain, jadi sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh prof. Walaupun kami bertiga sahaja tapi kami dapat menyiapkan kerja yang diberikan oleh prof. Terdapat pelbagai cabaran juga yang dihadapi kumpulan kami dengan masing-masing kena siap kan FYP dalam masa terdekat. Tambah lagi dengan kerja prof setiap minggu. Tetapi alhamdulilah kumpulan kami berjaya menyiapkan segalanya. 

Akhir sekali. Semester 7 ini merupakan pengalaman yang tidak akan saya lupakan dan akan menjadi kenangan bersama Prof Normaliza. Kepada rakan-rakan Galaxy Production walaupun kita tidak ramai tapi kita mampu untuk menjadi pengarah, perlakon dan editor yang bagus setanding dengan syarikat media di luar sana. Hahaha. 




Monday, December 2, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

            Buku Eh!!! Media Sosial hasil daripada Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim terdapat 8 jenis bab di dalam buku tersebut. Bab 1 yang bertajuk Media Sosial: Gambaran keseluruhan adalah mengenai pelajar perlu mempunyai pengalaman dalam menggunakan teknologi kerana pada era moden pada masa ini teknologi dalam pembelajaran adalah amat penting bagi memudahkan pelajar. Seterusnya adalah Bab 2 iaitu mengenai Twitter dan trend terkini. Bab ini memberitahu bahawa menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar kearah pelajar semasa proses penulisan dan pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti supaya dapat mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

            Sementara itu, Bab 3 pula adalah mengenai Facebook masih digunakan yang menerangkan bahawa Facebook adalah satu alat efektif bagi antara interaksi pelajar khususnya dalam perbincangan aktiviti dan mempelajari bahasa baharu akan lebih menarik dengan bantuan teknologi. Lain daripada itu, bab 4 pula adalah mengenai Instagram menyeronokkan memberitahu bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam memotivasikan pelajar menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dan penggunaa pelbagai aplikasi menggunakan computer dan telefon pintar telah membuka jalan untuk membentuk strategi oleh Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017).

            Seterusnya bab 5 yang bertajuk E-mel masih popular pada masa kini adalah mengenai teknologi digunakan untuk memastikan pemahaman yang lebih baik tentang sesuatu subjek di samping mencipta suasanaa yang menarik dan bermakna oleh Normaliza Abd Rahim (2014). Bab 6 yang bertajuk blog di dalam kelas bahasa menerangkan bahawa menulis blog boleh dijadikan sebagai proses untuk menolong dan mempertingkan motivasi pelajar dalam kehidupan oleh Normaliza Abd Rahim (2014).

            Sementara itu, bab 7 yang bertajuk isu dalam rangkaian social dalam kalangan pengguna adalah mengenai pengalaman menggunakan teknologi yang diperlukan oleh pelajar akan mengambil masih menurut Normaliza Abd Rahim (2014: 7). Akhir sekali, adalah bab 8 yang bertajuk implikasi pedagogi adalah mengenai menjalankan aktiviti dalam persekitaran pembelajaran dengan berkolaborasi menggunakan pengantaraan-komputer menurut Noraien Mansor (2016).

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim dan Noraien Mansor (2017). Eh!!! Media Sosial Terengganu: Penerbit UMT

Buku ini berharga RM 60

#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu12KelasAmali
#3DECEMBER2019
#BukuTakJualDekatUniversitiOxford


Monday, November 25, 2019

BBM4310Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi

Buku "Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi mempunyai jenis-jenis teori yang digunakan untuk penyelidikan. Buku ini mengandungi 2 bahagian iaitu kajian wacana dan strategi komunikasi. Setiap bahagian ini mempunyai kaitan anatara satu sama lain yang melibatkan komunikasi ujaran, interaksi, teks dan tulisan.

Bab 1 menerangkan bahawa wacana ini merujuk kepada wacana berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Bab 2 menunjukkan setiap teori dan pendekatan analisis wacana dapat dihuraikan dengan terperinci supaya boleh diguna dalam analisis data. Seterusnya, mengenai bab 3 meliputi 3 kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita social dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autism. Analisis setiap kajian ini digunakan dengan mengunakan teori dan pendekatan analisis melalui wacana yang ada di dalam buku ini. Bab 4 pula menerang tentang strategi komunikasi yang meliputi setiap pengenalan kajian-kajian yang berkaitan mengenai strategi komunikasi. Setiap kajian-kajian ini mempunyai gambaran yang tersendiri mengenai strategi komunikasi melalui hasil kajian yang telah dilakukan.

          Seterusnya adalah bab 5 mengenai taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Bab ini menerangkan beberapa huraian sebagai contoh pendekatan strategi komunikasi oleh Normaliza Abd Rahim (2018e) yang menunjukkan pendekatan komunikasi yang sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks. Terdapat 16 jenis pendekatan dan mempunyai huraian yang tepat untuk menganalisis data dengan lebih terperinci. Selain itu, Bab 6 pula menunjukkan analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan taksonomi strategi komunikasi. Melalui analisis ini, komunikasi seseorang itu akan lebih berkesan dan bermakna.Akhir sekali, adalah bab 7 iaitu mengenai cadangan kajian akan datang. Kajian analisis wacana dan strategi komunikasi dapat memberi kesan dalam pemahaman sebagai contoh cadangan kajian adalah Bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan eletronik dan media social. Buku ini sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat mengenai bentuk kajian wancana dan strategi komunikasi. Melalui buku menunjukkan contoh isu semasa dan boleh dijadikan contoh dalam kehidupan seharian.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT.
Terengganu Penerbit UMT.
Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.

Harga Buku: Rm 20



Sunday, November 3, 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT FLAY INDIVIDU)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Hari ini saya akan menunjukkan hasil-hasil gambar flat lay dari saya. Nak tahu flat lay tu apa haa boleh tengok video. Maaflah kalau video ade watermark. Sebab video editor yang biasa guna hilang. Jadi kena guna yang trial version. Last-last minit pulak boleh hilang. Hmmm sedih. Harap semua terhibur dengan video yang dipersembahkan


https://www.youtube.com/watch?v=zn_LfX2dwIc&feature=youtu.be



Saturday, October 19, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6


Instagram gambar 1


Instagram gambar 2

Setiap minggu akan ada tugasan yang diberikan oleh Prof Dr Normaliza yang menggunakan gambar dan video. Jadi saya mengambil keputusan untuk pergi ke digital mall untuk mengemas kini komputer riba saya yang sebelum ni mempunyai masalah. Walaupun banyak duit telah dihabiskan untuk komputer riba saya tapi saya sangat berpuas hati dapat menyiapkan video yang diberikan oleh Prof Dr Normaliza. Gambar kedua pula menceritakan saya terlibat dengan Kejohanan Sukan Universiti Pendidikan. Saya telah mewakili UPM dalam kejohanan ini walaupun saya mendapat tempat ke 2 tapi saya tetap berpuas hati dapat menyumbangkan pingat untuk UPM. Sekurang-kurang ada sumbangan yang saya dapat berikan kepada UPM sepanjang pengajian saya di sini.




Monday, October 7, 2019

BBM3410Satu2019 : Ulasan Bab 6 Blog di dalam kelas bahasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

          Menurut Normaliza (2014) blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Blog ini terdapat beberapa fungsi sama ada boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai contoh jurnal atau diari. Selain itu, boleh digunakan sebagai perniagaan untuk mempromosikan atau pengiklanan.

         Pembelajaran seterusnya adalah mengenai kajian tentang blog. Blog merupakan catatan individu untuk berkongsikan segala keinginannya kepada pembaca lain. Banyak benda baru yang saya belajar melalui blog terutamanya ketika berada di dalam kelas. Melalui blog segala kerja yang diberikan oleh pensyarah semasa di dalam kelas dapat disiapkan dengan segara. Blog juga merupakan salah satu teknologi pembelajaran yang baru yang perlu ada di pada setiap sistem pendidikan pada masa kini.

           Oleh sedemikian, Melalui bab ini juga diterangkan mengenai kajian tentang blog. Antara kajiannya ialah melalui blog kita akan lebih mudah berkongsi apa sahaja kerana blog tidak perlu menggunakan perkataan yang formal dan tidak terhad  patah perkataannya berdasarkan kajian Nowson (2006). Seterusnya, melalui blog juga kita dapat meningkatkan keyakinan diri dan kreativiti menurut kajian oleh Levy (2009). Selain itu, melalui blog juga kita akan belajar menulis dengan baik mengikut susunan penulisan yang teratur. Perkara ini kerana pelajar menggunakan blog secara individu, jadi kita dapat mengawal perkara yang ditulis di blog.

           Seterusnya, satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji perbezaan bahasa yang digunakan oleh remaja perempuan dan lelaki ketika menulis blog oleh Zaini Amir et al. (2012). Kajian mendapat bahawa bahasa yang digunakan oleh mereka kebanyakkan tidak formal dan sama dengan percakapan harian. Dapatan daripada kajian berkemungkinan besar perbezaan penggunaan bahasa dalam kalangan remaja adalah disebabkan oleh perbezaan jantina.

            Akhir sekali, Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) menunjukkan 10 cara menulis blog dengan baik. Antaranya adalah tajuk yang menarik perhatian pembaca, cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca, masukkan ayat yang hamour dan berbentuk jenaka untuk membuatkan lebih menarik,memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas, dapat dibaca dan difahami, dapat berkomunikasi dengan pembaca, masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan dan yang terakhir berilmu untuk penulisan pendidikan.

        Secara kesimpulanya, kesemua kajian yang dijalankan telah menghasilkan perkara positif melalui blog . Blog ini mendatangkan perkara yang positif kepada remaja bagi meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar untuk menulis. Diharapkan sistem pembelajaran sebegini digunakan digunakan pada masa depan untuk meningkatkan motivasi diri dalam kalangan pelajar dan masyarakat.


Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Galaxy Production)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Untuk asas teknik fotografi kami yang terakhir adalah Bird's Eye View. Bird's Eye View merupakan sudut pandangan yang dilihat oleh burung ketika terbang. Oleh itu, kebanyakkan gambar yang diambil adalah daripada bahagian atas. Melalui teknik ini kami telah mengambil 3 gambar sebagai contoh.

Bird's Eye View


Gambar ini diambil dari atas bilik menyuarat Pusat Sukan UPM. Di bawah memperlihatkan kereta-kereta staff pusat sukan UPM. Susunan kereta yang berada di bawah sesuai dengan bird's eye view. Ini lah hasilnya apabila berada di atas walaupun berada di aras satu.


 Gambar ini diambil di kawasan Kawah Suria Upm. Masa ini saya gigih untuk ambil gambar dari atas supaya kelihatan Anis dan Zaty yang berada di bawah. Gadis-gadis semua gayat untuk naik. Jadi saya terpaksa la naik walaupun gayat. Mengeletar jugak la tangan masa ambil gambar ni.


Gambar yang terakhir diambil dari atas Grand Stand Pusat Sukan UPM. Gambar ini menunjukkan kesimbangan pada besi tangga. Hampir nak terjatuh jugaklah fon masa nak ambil gambar ni. Yang penting perlu ambil dari atas walaupun tak berapa tinggi.

Akhir sekali, ini adalah serba sedikit ilmu yang saya belajar melalui asas fotografi. Saya berharap melalui teknik ini dapat dijadikan contoh untuk mengambil gambar supaya gambar kelihatan lebih cantik. Sekian, Terima Kasih.

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Galaxy Production)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Teknik asas fotografi yang kelima adalah Over The Shoulder. Pasti semua tertanya-tanya apa itu over the shoulder. Over the shoulder ini adalah teknik mengambil gambar di bahu seseorang. Daripada bahu seseorang kita juga mengambil pemandangan yang lain. Kami mengambil 3 jenis gambar over the shoulder dan pemandangan yang berbeza.

Bahu ini adalah bahu saya. Yang berada di dalam gambar adalah Anis dan Zaty sambil mengambarkan pemandangan sekumpulan pelajar yang sedang bermain badminton. Anis dan Zaty malu sebab pelajar tersebut nak mengorat mereka.
 Ini adalah bahu Anis. Anis berdiri tegak sambil menyanyikan lagu negaraku sambil menghadap menara elektrik yang ada di depan dia.
Yang terakhir sekali adalah bahu Zaty. Gambar ni menunjukkan situasi di kawasan Kolej Keenam pada waktu malam dan saya sebagai model gambar tersebut.

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Galaxy Production)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Untuk teknik asas fotografi yang keempat adalah mug shot. Mug shot ni lebih kurang macam gambar passport. Muka memang akan kelihatan dengan jelas. Kalau ade jerawat dan parut ke memang akan nampak sebab camera memang betu betul depan muka. Mug shot memfokuskan pada keseluruhan muka. Kami mengambil 3 gambar dan 3 emosi yang berbeza.



Emosi : Terkejut
Muka Zaty terkejut lepas mata dia terkena minyak kapak.


Emosi: Gembira
Anis gembira lepas dapat tahu yang tahi lalat dia boleh dicabut dan dipasang balik.


Emosi: Marah
Saya marah kerana kenapa kura-kura lagi laju dari kuda

BBM3410Satu2019: Medium Short (Galaxy Production)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Kita teruskan lagi dengan tugasan asas fotografi yang ketiga iaitu medium shot. Medium shot menunjukkan gambar yang diambil dari paras dada sampailah ke atas kepala. Seperti biasa hanya kami bertiga sahaja yang berada di dalam gambar kerana kumpulan kami hanya 3 orang sahaja. Gambar ini mempunyai 2 jenis iaitu medium shot manusia dan medium shot pemandangan dan manusia.

Medium shot: Manusia


 Gambar pertama mencerita seorang gadis kampung bersama payung kesayangannya  yang bewarna warni. Lokasi gambar ini adalah bersebelahan dengan kandang unta Zaty. Kami memilih gambar ini kerana gambar ini menunjukkan bahawa walaupun Zaty belajar di Kuala Lumpur tetapi dia tidak melupakan kampung halamannya dan unta peliharaannya. 


Lokasi gambar kedua pula di tasik bukit ekspo. Gambar ini menceritakan bahawa motosikal Anis merupakan teman lelakinya kedua. Kami memilih gambar ini kerana gaya yang ditunjukkan oleh Anis menunjukkan bahawa motosikal tersebut memang teman lelakinya yang sebenar kerana Anis memang sayang sangat dekat motor dia ni. Lagi lagi topi keledar yang dia pegang siap buat tidur.


Gambar ketiga menunjukkan keserasian warna baju dan kereta. Konon macam kereta sendiri padahal kereta pinjam. Hehehe

Medium Shot: Pemandangan dan manusia


 Gambar pemandangan ini diambil apabila kami baru selesai memberi ikan makan di tasik belakang.


Gambar tulisan teks Bukit Ekspo Upm merupakan lokasi utama kami mengambil gambar dengan masing masing dah tak tahu nak buat gaya apa dalam gambar.


Jangan disangkakan pokok yang mati tidak boleh berbunga. Terasa macam dekat Korea bukan? Lokasi pengambaran ini adalah di ladang UPM berhampiran FBMK.

BBM3410Satu2019: Long Shot (Galaxy Production)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Untuk tugasan seterusnya adalah gambar jenis Long Shot. Long Shot adalah pengambilan dari seluruh tubuh badan dari kepala sampai ke kaki dan gambar di ambil dari jarak yang jauh. Kami mengambil 6 gambar iaitu 3 gambar pemandangan dan 3 gambar pemandangan dan manusia. Setiap gambar yang diambil menggunakan orang yang sama kerana kumpulan kami hanya 3 orang sahaja.

Long Shot:3 Pemandangan

 Lokasi gambar yang diambil adalah di tasik bukit ekspo UPM. Pada gambar ini kami fokuskan pada pokok-pokok dan bangunan Mardi yang berada di sebalah kanan yang menampakkan keunikkan gambar ini. Pada masa kami ambil gambar ini pada waktu hujan yang hampir turun jadi terdapat awan yang mendung di sebelah atas. Kami datang pada waktu petang, disebabkan hujan nak turun tidak ramai yang datang ke tasik. Kebiasaannya ramai pelajar yang akan datang ke tasik pada waktu petang.
 Lokasi seterusnya adalah di depan gate bilik media. Dari pemandangan tersebut kita akan dapat melihat bangunan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan kawasan perumahan Serdang. Agak letih juga untuk kami sampai keatas kerana kami hanya berjalan kaki untuk ke lokasi tersebut.
Lokasi seterusnya adalah laluan untuk ke bilik media dan laluan pekerja kebun UPM. Dari pemandangan ini kita akan dapat melihat pokok kelapa yang berada di kiri dan kanan. Melalui pemandangan ini juga kita akan dapat rasakan bagai berada di kawasan kampung.














Long Shot: 3 Pemandangan dan manusia

 Daripada pemandangan dan manusia pula kami mengambil di Grand Stand pusat sukan UPM. Kami memilih tempat ini kerana kerusi yang berada di Grand Stand mempunyai perbezaan warna yang dapat menarik perhatian. Pada masa ni kami sedang berehat jadi kami hanya duduk saja dan menyuruh Anis untuk mengambilkan gambar.
 Seterusnya adalah pemandangan dari atas laluan ke bilik media. Saya sudah pun berada di atas jadi saya biarkan saja Zaty dan Anis kekal di bawah untuk saya mengambil gambar. Gambar ini menunjukkan kehijaun pokok besar yang berada di sebelah kanan yang menampakkan kecantikan pada gamabr tersebut
Yang terakhir lokasi pemandangan di bawah jambatan landasan KLIA Transit yang berdekatan dengan tasik bukit ekspo. Kami fokuskan pada tiang-tiang jambatan supaya nampak garis gambar tiang jambatan tersebut. Gambar ni nampak macam gambar pada masa sekolah rendah yang mengingatkan zaman sekolah rendah dulu dengan masing masing menunjukkan gaya ala ala throw back.